Saturday, February 24, 2007

Awana dan Bukit Tinggi


Ahad, 11 Februari 2007

-Perjalanan bermula pada pagi Ahad kira-kira jam 8.30 bersama MatSP dan Exzos. Termakan kata-kata MatSp dan rakan-rakan untuk menakluk Awana dan Bukit Tinggi

-Berhenti di Petronas dan bersama dengan rakan-rakan yang lain lalu meneruskan perjalanan medaki jalan di Awana. Jalan di Awana agak besar dan menampilkan lap-lap yang agak mencabar. Cuma keadaan jalan kurang baik di sesetengah kawasan menyebabkan rider terpaksa lebih berhati-hati. Keadaan bukit agak tinggi memerlukan panduan dalam rev yang tinggi(macam nak tercabut exzos rasanya).

-Berhenti di kawasan rehat untuk mengalas perut buat seketika. Di perhentian ini dapat dilihat barisan-barisan superbike menyebabkan rider-rider yang membawa 150cc kebawah agak cemburu melihat motor-motor besar yang masih belum mampu dimiliki.

-Turun Awana x berapa seronok sebab ada bonggol dan jalan kurang elok. Tetapi masih boleh di'layan'.

-Seterusnya menawan bukit tinggi. Walaupun jalan agak sempit, tetapi lap-lap di bukit tinggi mencabar dan menyeronokkan. Jalan pun masih baru maka x berasa risau ketika mengambil lap. First time rasa layan gila amik lap sampai ke kawasan rehat

-Jalan turun pun keadaan sama. Punyalah syok sampai lupa diri, akhirnya mendapat habuan cantik di suatu selekoh akibat mengikut dewa bukit tinggi Pak Arshad. Tengah sedap baring kat selekoh tiba-tiba panik kerana tidak mampu membuat baringan seperti Pak Arshad dan CBR150nya. Akhirnya terpaksa membuang motor kerana kuasa brek tidak mencukupi untuk memperlahankan motor dalam masa yang singkat.

-Nasib baik bro Exzos datang menyelamatkan keadaan bersama dua orang lagi rakan rider menaiki. Maka turunlah dari bukit tinggi bersama NSR RR naked.

-Bertolak pulang ke Tronoh kira-kira jam 5.30 petang bersama kenangan manis di Awana dan Bukit Tinggi

kesuluruhannya, awana dan bukit tinggi memang bes bagi mat leper terutamanya bukit tinggi. perasaan yang berbeza ketika menawan selekoh di Bukit Fraser dan Cameron

2 comments:

qebalt said...

eh. hang jumpa mat sp gak yek. haha. dier tu memang laju. yg jacket merah tu lagi laju. diorang2 ni lah tinggal kan daku time kat Kuala Klawang.

ABDUL HALIM said...

haha..diorang ni memang hantu koner. laju gile